Pilih warna rumah angka, kemudian lukis garisan dengan jari.
๐ Luruskan garisan
Kemaskan garisan bengkok secara automatik
Kisah Sigai
Sifir Garis Itamta
Kaedah darab & bahagi tanpa perlu hafal sifir
Apa itu Sigai?
Sigai bermaksud tangga buluh untuk memanjat pokok enau — murid "memanjat"
ke jawapan dengan melukis garisan sahaja. Garisan menegak dan melintang melambangkan digit 1–9,
garisan putus-putus melambangkan 0, dan titik persilangan memberikan jawapan darab. Bagi operasi
bahagi pula digunakan garisan menegak, tanda sempang dan titik-titik.
Pencipta
Hj. Itamta menyampaikan ceramah inovasi Sigai kepada murid Sekolah Kebangsaan
Tun Dr Ismail, Padang Rengas, Kuala Kangsar.
Hj. Itamta bin Harun, PPT — guru dari daerah Kuala Kangsar, Perak.
Idea Sigai tercetus semasa beliau mengendalikan kursus dan Program Gerak Gempur Matematik
anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.
Perjalanan Sigai
1994
Di SK Jalong, Sg. Siput (U), seorang guru wanita
mencabar beliau mencari cara mudah menghafal sifir. Seminggu kemudian lahirlah kaedah sifir garis.
1994–1996
Kaedah diuji dalam kursus dan
Gerak Gempur Matematik peringkat daerah Kuala Kangsar.
2000
Di PKG Manong, seorang guru bertanya bagaimana
melukis digit sifar. Ilham datang daripada garisan tersembunyi pada kiub dan tanda titik dalam angka
Arab — maka simbol 0 menjadi garisan putus-putus.
2001
Hadiah penghargaan Anugerah Gemilang Akademik (AGA),
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
2004
Sigai dibentangkan kepada pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
2006
Ceramah inovasi Sigai di Konvensyen Pendidikan
Kebangsaan, Negeri Sembilan.
2012
Kemuncaknya — Johan Anugerah Inovasi
Negara anjuran MOSTI, serta pingat dan anugerah di Taiwan dan Korea.
2013
Sigai didaftarkan dan dipatenkan di SIRIM Shah Alam
dengan kerjasama PPD Kuala Kangsar dan JPN Perak.
2013–2014
Beliau dilantik penulis bulanan akhbar
Utusan Malaysia dalam ruangan "Pintar Matematik".
Juara Negara 2012
Piala, sijil dan hadiah RM10,000 Anugerah Inovasi Negara 2012 (Kategori Sekolah)
daripada MOSTI, Kuala Lumpur.Pasukan Sigai bersama pelajar SMA Al-Diniah Padang Rengas dan SM Bukit Merchu di
Taipei International Invention Show & Technomart 2012, Taiwan.
🏆 Johan Anugerah Inovasi Negara 2012 — MOSTI
🥇 Pingat Emas — UniMAP & UPM 2012
🥉 Pingat Gangsa + 2 Special Award — Taipei 2012
🌍 Anugerah Pencipta Dunia — World Invention Festival, Korea 2012
🥇 Pingat Emas — UPSI 2013 & 2014
🎖 Tokoh Guru Inovasi, Hari Guru Negeri Perak 2013
Terus Berkembang
Hj. Itamta dan isteri menerima pingat emas di Edu-InERI, UPSI 2013.Pameran inovasi Sigai bersama pelajar.
Sigai dipraktikkan di SK Sg. Siput (U), SK Manong, SK Talang, SK Bendang Kering dan
SK Kati sejak 1997. Sigai Kit — 18 keping kertas lutsinar (9 merah menegak, 9 biru melintang)
— dihasilkan untuk memudahkan murid mencantumkan garisan. Aplikasi SIGAI ini meneruskan usaha
tersebut dalam bentuk digital.
Sumber: buku Inovasi Sigai Juara Negara oleh Hj. Itamta bin Harun, PPT.